Wednesday, May 6, 2009

Kali ke tiga ke Mekah dan Madinah 2004



Alhamdulillah dengan limpah perkenan dan kurniaannya jua kami telah dijemput sekali lagi untuk mengunjungi Baitullahilharam Makkah dan Madinatul munawarah, kali ini lebih istimewa lagi...kami di undang sekeluarga....Alhamdulillah.
Kami sekeluarga dapat mengerjakan umrah sebanyak 7 kali ( menurut hadith dapat pahala satu haji...insyallah...)
Saya dan fahmi telah mandi air zam-zam di paip di luar masjid manakala anak-anak perempuan Shasha, Wawa, Een dan Isteri Fadillah mandi air zam-zam di bilik...moga moga ALLAH menyembuhkan segala penyakit..dan memakbulkan doa-doa....
Kami sekeluarga juga telah dipermudahkan untuk mengucup Hajaral Aswad (batu hitam dari syurga) setelah memohon dengan solat hajat kehadrat ilahi....Alhamdulillah...
Kami ke sana dengan Penerbangan Yaman Air telah singgah bermalam di Sanaa, Yaman.. kami bersyukur dapat melihat bumi anbia yang banyak melahirkan para ulama besar...
Umrah kali ini selama 14 hari dari 9 Mei hingga 22 Mei 2004...

Saturday, September 6, 2008

Ibadah Umrah 2003


Tarikh: 1 hingga 14 September 2003
Dengan kudrat dan keizinan Allah azzawajalla, doa saya dan isteri dimakbulkan untuk ke Mekah/Madinah semula. Kali ini kami pergi selama 2 minggu..... (tak puas rasanya...)
Dalam perjalanan kami bermalam di Abu Dhabi, UAE dengan penerbangan Gulf Air. Kami melawat bandar Abu Dhabi yang sungguh moden (tanpa diduga) dengan bangunan pencakar langit indah di tepi laut.
Kami hanya dapat mengerjakan 6 kali umrah sahaja....

Friday, September 5, 2008

Mengerjakan Ibadah Haji


Tarikh : 13 Februari 2001 hingga 30 March 2001
Saya dan isteri telah dipilih Allah untuk mengerjakan haji pada musim haji 2001. Alhamdulillah kami telah dapat menyempurnakan ibadah tanpa sebarang halangan.
Kami berada di Tanah Suci Mekah/Madinah selama 46 hari ( kalau boleh nak duduk lama lagi.....). Kami berdoa agar diizinkan Allah untuk kembali ke tanah suci pada tahun-tahun akan datang, Insyaallah dimakbulkan....
  • 13/02/2001 Bertolak dari KLIA jam 8.30mlm (waktu Malaysia) - Saudiair SV5466
  • 4 - 22/02/2001 Berada di Madinah
  • 22/02/2001 Berangkat ke Mekah selepas solat Subuh (Umrah wajib)
  • 4 - 9/03/2001 Ibadah Haji ( Pengalaman yang tidak boleh dilupakan, hujan lebat di Mina selepas 18 tahun tiada hujan)
  • 30/03/2001 Berangkat pulang ke Malaysia (Excess baggage 40kg)